Get Flower Effect

Sunday 17 March 2013

PENDAPAT saya : KAK LISTEN VS Miss BAWANI


  
Video yang memaparkan interaksi antara Kak Listen & Miss Bawani

Apabila saya melihat video ini, pelbagai perasaan telah timbul pada diri sendiri...
Melalui blog saya ini, saya ingin menyatakan perasaan/pandangan saya terhadap video ini...

Pertama kali, saya ingin menyatakan pendirian saya, iaitu saya tidak akan memihak kepada sesiapa pihak dan blog ini cuma akan menyatakan segala pendapat saya yang tidak akan melibatkan unsur-unsur yang sensitif seperti unsur politik...

PENDAPAT 1: Mengenai PTPTN

Saya rasa pinjaman PTPTN telah banyak membantu kami sedangkan kami masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran. Bagi persoalan tentang kenapa kerajaan tidak memyediakan pelajaran percuma kepada rakyat, saya tidak menyokong pendapat daripada Miss Bawani kerana kami harus bersyukur kepada apa yang sedia ada, jika anda mampu mendapat gred yang cemerlang untuk digraduasikan, anda tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Contohnya, sekiranya sesuatu benda diberikan secara percuma, anda tidak akan menghargai dan tidak lagi berusaha untuk mendapatkan gred yang tinggi.
Oleh itu, jangan sesekali mengharapkan PERCUMA, berusaha dalam pelajaran lebih penting dan bermakna.

PENDAPAT 2: Mengenai nilai murni HORMAT-MENGHORMATI

Saya rasa kedua-dua pihak tersebut tidak mengamalkan nilai menghormati orang lain dengan secukupnya. Dari segi percakapan mereka, kami dapat lihat mereka tidak mengamalkan nilai saling menghormati dengan sepenuhnya semasa berinteraksi antara satu sama lain. Sebagai contoh, Kak Listen tidak sepatutnya menghentikan seseorang daripada memberikan pandangan sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kebebasan bersuara. 

PENDAPAT 3: Mengenai jawapan daripada KAK LISTEN

Saya tidak menyokong pendapat Kak Listen bahawa "jangan samakan negara kita dengan negara yang lain, sekiranya negara kita sama dengan negara lain, what are you doing here in Malaysia, u can go to Cuba, Argentina, go to everywhere you want". Saya berasa sangat kecewa apabila mendengar bicara daripada Kak Listen, beliau tidak sepatutnya memberikan penjelasan sedemikian kerana sekiranya sesebuah negara tidak mencontohi negara yang telah maju, negara tersebut tidak akan maju untuk selama-lamanya.

* * * Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh * * *

No comments:

Post a Comment